AijayDuaHadiahPewangi

KEMPEN CELIK DUIT INTERNET

Sunday, May 16, 2010

CARTERS ROMPERS FOR GIRL-NEW mari mari limited stock je

FAB 01B-FAB04B
I PACK-5 PIECIES (TDK BOLEH DIJUAL BERASINGAN KERANA DIDATANGKAN DLM PEK PLASTIK SEDEMIKIAN)
-Anda boleh jimat dengan membeli 5 helai sekaligus.utk anak2 anda sendiri atau hadiahkan kepada anak orang lain...Sila lihat gambar dan kod di bawah untuk tujuan pertanyaan dan pembelian.

FAB 01B-aged 12 months (RM60 per pack excluding posting)



FAM 02B-aged 12 months (RM60 per pack excluding posting)



FAB 03B-aged 12 months (same design as FAB 02B)(RM60 per pack excluding posting)

FAB04B-aged 3 months (RM60 per pack excluding posting)

Monday, May 10, 2010

T-shirt kolar bulat ,warna kuning,lengan pendek jenama TU aged 3-4 thn


FAB 052A-kloar bulat,warna kuning,lengan pendek,aged 3-4 thn,1 helai,RM22

T-shirt kolar bulat ,biru muda,lengan pendek jenama TU aged 3-4 thn


FAB 051A-lengan pendek,kolar bulat,biru muda,aged 3-4 years RM22

T-shirt kolar bulat ,merah,lengan pendek TU aged 3-4 years thn


FAB 050A- 1 helai -RM22 , aged 3-4 thn

Saturday, May 8, 2010

Beza ‘Replicas’, ‘Rejects’, ‘Fakes’ dan ‘Knock-Offs’.

Beza ‘Replicas’, ‘Rejects’, ‘Fakes’ dan ‘Knock-Offs’.
Hasil nukilan pada 19/03/2009, 10:28 PM oleh Melayu Minimalis 28

Aku rasa mungkin ramai yang tak tahu beza tentang jenis-jenis barangan yang tergolong di dalam kategori di atas. Mungkin definisi aku salah, tetapi aku akan cuba terangkan berdasarkan maklumat industri yang aku tahu, OK?
Apa Kejadahnya ‘Replicas’?
Katakan kamu sebuah syarikat produk terkemuka seperti Supra. Mengikut trend pemasaran sedunia, agak munasabah untuk sebuah syarikat pengeluaran sekarang mengeluarkan atau mengilangkan produk mereka di benua Asia di atas sebab-sebab kos. Kos pengeluaran, buruh, pengurusan dan lain-lain pastinya lebih murah jika dibandingkan dengan kos pengeluaran di negara pengasas seperti Amerika misalnya.
Jadi berdasarkan kelebihan ini, Supra misalnya mengambil keputusan untuk mengeluarkan kasut-kasut mereka di China. Setelah memeterai perjanjian, dan mengambilkira proses latihan, penelitian kualiti/mutu serta proses-proses pengeluaran lain, sebuah kilang kasut di China dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan semua kasut Supra.
Jadi Supra pun membuatlah pesanan untuk 5000 pasang kasut Supra, yang akan dibuat oleh Kilang Ah Boi (misalnya) di China. Pekerja-pekerja kilang Ah Boi pun bertungkus-lumus membuat 5000 pasang kasut Supra.
Setelah selesai membuat 5000 pasang kasut, wakil Supra dari Amerika pun datanglah ke kilang untuk membuat pemeriksaan kualiti. Teliti punya teliti, ada 500 pasang kasut yang logo Supranya senget sedikit. Berdasarkan sistem kawalan mutu Supra yang terperinci, 500 pasang ini tidak diterima untuk dijual di bawah nama Supra sebab tidak menepati tahap kualiti yang ditentukan.
500 pasang kasut ini akibatnya terpaksa dimusnahkan. Tetapi Ah Boi si pengurus Kilang Ah Boi ini pandai. Dari dia membazir 500 pasang kasut ini, dia bercadang untuk menjualnya kepada ejen yang sanggup membeli secara pukal dengan harga murah. Tetapi Supra beri syarat yang kasut-kasut ini tidak boleh dijual dengan label rasmi Supra, atau logonya harus dicabut, misalnya.
500 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Rejects’.
Ejen-ejen ini kemudiannya mengedar dan menjual 500 pasang kasut ini di premis-premis seperti Reject Shop, Factory Outlet Store dan lain-lain dengan sedikit keuntungan. (Sebab itu kamu semua boleh beli t-shirt jenama ‘Junk Food’ dengan harga yang amat murah!) Malah ada kilang yang membuka sendiri premis jualan yang menjual barangan-barangan ‘Rejects’ ini.
Oleh sebab menurut perjanjian Kilang Ah Boi sepatutnya membekalkan 5000 pasang kasut, dan yang menepati piawaian hanya 4500 pasang, Kilang Ah Boi terpaksa mengeluarkan 500 pasang kasut lagi untuk memuaskan hati Supra.
Tetapi Ah Boi si pengurus ini memang pandai. Dia berfikir, “Dari aku buat lagi 500 pasang sahaja, lebih baik aku buat lagi 5000 pasang… Aku tolak pada Supra 500 pasang, yang lagi 4500 pasang lagi aku jual sendiri.“
Jadi pekerja-pekerja Kilang Ah Boi ini bertungkus-lumuslah untuk membuat 5000 pasang kasut Supra lagi.
Tanpa pengetahuan wakil Supra ini, Ah Boi telah memberikan baki 500 pasang kasut, dan si wakil Supra ini pun gembiralah balik ke Amerika sebab proses membuat 5000 pasang kasut ini sudah selesai. Tapi sebenarnya pekerja si Ah Boi ini bukan berhenti di setakat baki 500 pasang sahaja, mereka pun berkerja keras menyiapkan 4500 pasang kasut Supra yang si Ah Boi tadi mahukan.
Ah Boi pun terfikir, “Baik aku jimat kos sikit. Aku tak payah buat kotak, aku guna padding yang nipis sedikit, kurangkan jahitan sikit… Alah… orang bukan tahu pun.“
Setelah siap 4500 pasang kasut ini, Ah Boi pun telefonlah ejen lagi seorang ini untuk mendapatkan pembeli. Memang untung besar dia ini, sebab Ah Boi sedar dia tidak perlu tanggalkan label atau logo Supra seperti bila dia mahu menjual kasut ‘Rejects’ ke ejen terawal tadi. Lagipun wakil Supra itu bukannya tahu pun, bukan?
4500 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Replicas’.
Ah Mei, pengurus besar Kilang Ah Mei yang kalah kontrak Supra dengan Kilang Ah Boi memang tidak puas hati melihat keuntungan besar yang diraih Ah Boi. Dia menyuruh konco-konconya untuk membawa balik sampel kasut Supra yang dikeluarkan Kilang Ah Boi. Setelah meneliti kasut itu, Ah Mei berkata, ‘Hek eleh kasut buruk ni. Aku pun boleh buat!’
Jadi berhempas-pulaslah pekerja kilang Ah Mei merobak dan merabik kasut Supra ini untuk mengetahui cara-cara kasut ini dibuat. Malah si Ah Mei mengupah bekas pekerja Kilang Ah Boi sendiri untuk bekerja di kilangnya. Mungkin si Ah Mei fikir mereka ada keupayaan untuk membuat kasut ini berdasarkan pengalaman mereka di Kilang Ah Boi.
Tetapi Ah Mei tidak sedar proses pemilihan bahan-bahan membuat kasut ini dahulunya dilakukan oleh Ah Boi bersama wakil-wakil Supra dahulu. Ini sebabnya kualiti kasut di Kilang Ah Boi memang tinggi. Yang si Ah Mei ini pula hanya main hentam, beli kulit murah dari kampungnya, guna fabrik murah untuk jimat kos dan lain-lainnya.
Kilang Ah Mei pula bertungkus-lumus untuk mengeluarkan 5000 pasang kasut Supra mereka sendiri. Setelah siap, Ah Mei senyap-senyap menjual semua 5000 pasang kasut ini kepada ejen-ejen penjualnya. Dan di antara ejen-ejen ini semua mungkin termasuk ejen-ejen yang juga digunakan Kilang Ah Boi.
5000 pasang inilah yang dinamakan ‘Fakes’.
Ah Chan, pemilik Kilang Ah Chan di hujung bandar tempat Kilang Ah Boi dan Kilang Ah Mei beroperasi terdengar ura-ura mengatakan kedua-dua kilang ini untung besar dengan kasut Supra. Memang dia tidak puas hati.
Dia perintahkan kesemua 1000 kanak-kanak bawah 12 tahun yang bekerja di bawahnya untuk mengeluarkan kasut Supra juga. Tetapi Ah Chan takut kilang kanak-kanak bawah umurnya itu kantoi dengan pihak berkuasa, jadi dia terpaksa buat kerja senyap-senyap. Sebagai langkah keselamatan (atau kerana budak 12 tahun yang bekerja sebagai perekanya itu tidak pandai mengeja), ejaan ‘Supra’ ditukar menjadi ‘Sapra’.
Ah Chan berfikir kalau mereka boleh menjual 5000 pasang kasut ini, Kilang Ah Chan pun boleh. Jadi dia pun keluarkan 5000 pasang kasut Sapra ini untuk menumpang untung yang dibuat dua kilang terawal tadi. Setelah siap, 5000 pasang kasut Sapra ini diagihkan kepada ejen-ejen jualannya di seluruh dunia.
5000 pasang kasut inilah yang dinamakan ‘Knock-Offs’.
Secara mudah, inilah perbezaannya. Kalau salah harap maafkan, tetapi menurut apa yang kau tahu, inilah realitinya…
Popularity: 8% [?]


Read more: http://www.akutakpeduli.com/2009/03/19/beza-replicas-rejects-fakes-dan-knock-offs/#ixzz0nKK9YDNG

-faham tak apa yang tertulis di sini...mana tidak faham leh kita bincang...ok...rejects ialah brg ori yang tdk diterima oleh pemilik barangan berjenama..sebab maybe ada tdk menepati specifikasi tertentu..cth kasut supra di atas...5000 diorder,500 reject sbb sedikit sengit. So yang 500 ni tdk dibuang..diambil semula oleh manufacturer berlesen yang ditugaskan oleh pemilik brg berjenama tadi utk dijual (material, cara pembuatan sama...cuma ada minor defect).kemudian, manufacturer berlesen tadi buat semula 500 kasut tu utk menggantikan yang awal tadi yg telah dibuat sengit .Manufacturer berlesen ni buat lebih sikit (bahan masih sama, cuma mrk mungkin kurangkan sedkit kos dari segi cara pembuatan cth kurangkan jahitan utk kasut nama Supra tu, tetapi dengan senyap mengekalkan logo asal. Dan jual kepada agen atau pihak2 berminat. harga sedikit murah dari bahan asal yang perfect. Ni lah namanya replica. Hampir 90-98% perfect. Manakala fake pula ialah bilamana ada manufacturer lain yang tidak diberi lesen untuk manufacture brg cth kasut Supra tersebut tetap membuatnya..kali ini...dengan tidak tahu bahan mcm mana digunakan...mungkin membeli brg mentah lagi murah...kualiti pembuatan makin berkurang..kerana manufacturer ini tidak terbabit langsung dengan proses pembelian bhn mentah untuk membeli kasut supta tadi...dan mereka menggunakan logo asal juga..harga diletak mungkin kurang dari harga replika tadi...namun ini dinamakan sebagai fake,sdh tentu kualiti lagi kurang dari original dan replika...dan akhir sekali knock-off, bahan paling murah digunakan, kualiti pembuatan sanagt kasar, kerana mungkin kilang tiada lesen,guna pekerja bwh umur, dan lain2...dan yang ini biasanya tidak akan guna jenama asal..dan harga sgt murah dan tentulah cepat rosak...jadi para pengguna sila mengambil berat ttg istilah2 ini..supaya anda berpuas hati dengan barangan anda beli...jadi apakah kaitannya dengan overrun?Overrun seperti sy pernah tulis di blog ini,terlebih stok (permintaan sikit,perbekalan tinggi),atau reject items disebabkan ada minor defects....dan harganya murah dari yang dijual di kompleks.Overrun items juga bukan used items.... Overrun items juga bukan replika (gred AAA, AA, atau AA dan sudah tentunya bukan fakes, dan knock off). Replica AAA menghampiri kualiti asal original.. namun satu atau dua perkara dikurangkan cth seperti cara jahitan namun bahan buatan msh berkualiti. Makin rendah gred replika makin banyak kekurangan dari segi kualiti bahan , cara pembuatan,logo (logo bukan saiz asal cthnya), dan sdh tentu replika AA, dan A harga makin murah dari replika AAA...sehinggalah yang paling tidak berkualiti iaitu fakes dan knock-off items. Sekian harap anda jelas dan tidak ragu-ragu membeli dari saya.Sila bekalkan diri dengan ilmu-ilmu sebelum membuat pembelian.Harap ini dapat membantu anda.

Tuesday, May 4, 2010

Singgah ke blog personal saya

ni blog pertama peribadi saya..menulis ttg pengalaman saya dan pengalaman orang lain...saya dapati byk leh kongsi esp aspek pengajaran,values, dan maybe keilmuan.Blog mash baru but appreciate it if you can be my readers...can leave comments...see you there....